Okeyh!! Line clear ea?? Malas mau banyak cakap.... Aku start...
Story Line :
Pada suatu hari, seorang ni remaja pergi ke masjid kerana dia sedar bahawa selama ini dia telah banyak melakukan dosa... Dia menyesal, lalu hari demi hari, detik demi detik dia berubah... Sering diucapkan ayat-ayat al-Quran dalam hidupnya setiap hari... Jika dulu solat sering ditinggalkan, sekarang solat sering dilakukannya, malahan baginya solat sunat adalah salah satu hobi dalam aktiviti hariannya..
Pada satu hari, selepas selesai solat, lalu si remaja ini berdoa lalu menangis..
Remaja : "Ya Allah, Kau ampunilah dosa-dosa yang selama ini aku lakukan... Kini aku sedar bahawa aku sering lupa bahawa aku hamba-Mu... Ya Allah, Ya Tuhan ku, Kau berikanlah aku petunjuk yang benar dalam hidup ini... Dan akhir sekali Kau tamatkan lah riwayatku dalam kalangan orang-orang yang mati syahid...."
Tiba-tiba salah seorang ustaz yang kebetulan lalu disitu terdengar doa-doanya.. Lalu ustaz itu hairan.. Setelah remaja tersebut habis solat dan bingkas bangun. Ustaz itu bertanya...

Ustaz : Assalammualaikum... Saudara...
Remaja : Waalaikummusalam... Ye saya...
Ustaz : Mengapa saudara bersedih?? Apa yang telah saudara lakukan?? Apa yang saudara fikirkan?? Jika tidak keberatan... Saudara boleh cerita kepada saya...
Remaja : Ustaz... Saya malu ustaz!!
Ustaz : Mengapa kamu malu ni wahai saudara??
Remaja : Ustaz... Selama ini saya hanya Islam pada kad pengenalan saya sahaja... Tetapi diri saya tidak... Saya sering melakukan perkara-perkara yang mendatangkan dosa... Kini didalam masjid ini saya sedar bahawa saya manusia yang paling hina.... Saya sedih, adakah Allah S.W.T akan mengampunkan dosa-dosa saya yang telah lama.... Saya takut pada azab siksa dari neraka, Ustaz!!
Ustaz : Saudara, usah la saudara rasa sedih... Alhamdulillah kini saudara sudah insaf... Saudara tahu tak? Yang saudara telah terpilih untuk mendapat "Hidayah" dari Allah SWT.. Tak perlu saudara rasa terlalu hina terhadap diri sendiri... Mungkin saudara terlalu banyak melakukan dosa, tetapi semenjak saudara insaf dan saudara sering melakukan ibadah sunnat.. Dosa-dosa saudara akan terhapus... Sesungguhnya Allah S.W.T itu maha penyayang dan maha pengampun.... Saudara tak perlulah terlalu rasa rendah diri... Kita manusia biasa yang tidak terlepas dari melakukan dosa... Ingat tu wahai saudara...
Remaja : Terima Kasih ustaz kerana telah sudi mendengar masalah saya...
Ustaz : Saudara tidak perlu berterima kasih kepada saya, saudara hendaklah berterima kasih kepada Allah S.W.T kerana tanpa kehendaknya, tak mungkin saya ada disini untuk mendengar masalah saudara.. Dan membantu saudara...
Remaja : Baiklah... Terima kasih Ya Allah S.W.T kerana sudi mengutuskan seseorang kepada ku untuk membantuku yang dalam kesesatan.
Lalu remaja itu sering mendapatkan bantuan dari ustaz itu untuk kembali ke jalan Allah S.W.T...
*****The End*****
p/s : *Didalam dunia ini.. Pasti ada sahaja kesilapan yang kita lakukan... Jangan pernah berputus asa...
*Jadilah remaja yang tabah menghadapi dugaan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan