Selasa, 15 Februari 2011

Pemergian Mu

Guwa baru je balik dari tanah perkuburan Islam. Tercatat seorang member guwa meninggal disebabkan kemalangan pada malam maulidurrasul. Hari ini kami penduduk kampung Kandang menyambut pagi maulidurrasul dengan perasaan sedih terhadap pemergian seorang anak muda kampung ini. Guwa sedih jugak la sebab masa gua sekolah rendah dulu guwa selalu lepak dengan dia dan member lain, walaupun jarak umur arwah hanya 2 tahun.
Hari ini menyedarkan guwa lagi bahawa setiap yang hidup pasti akan merasakan mati. Yang mati pula akan kembali bangkit setelah dunia rata menjadi padang mahsyar. Apa la nasib arwah dalam kubur. Harap-harap roh arwah akan dicucuri rahmat.






Lagu ni mengingatkan guwa yang dunia ni hanya sementara waktu. Kita sebagai hamba-hambanya perlu banyak beribadah untuk ke syurga nanti.

Tiada ulasan: