Jumaat, 25 Februari 2011

Aku dan Sejarah latest Aku....

Malam tu aku bosan sangat-sangat. Semua benda dah aku terokai, termasuk la semak samun dan hutan dalam bilik stor dalam rumah aku. Segala-gala khazanah lama aku jumpa. Semua barang mencipta sejarah masing-masing. Tiba-tiba aku terjumpe buku lama aku masa aku form 3. Ayat-ayat dalam buku tu semua tak boleh blah r.... Rasa macam nak tergelak jer...

[ Benarkah itu diri aku?? ]

Aku selak sehelai demi sehelai, segala-galanya dah macam wasiat da aku tengok... Jiwang pun ada. Tapi yang aku tak boleh tahan apabila aku tengok susunan kata-kata aku masa tu... Berterabur, macam gigi aku gak.. Haha... Aku rasa la, kalau masa tu aku tulis surat cinta, mesti awek aku tu tergelak-gelak baca surat yang aku tulis tu. [ Kata orang masa tu masih digelar budak berhingus lagi. ]

Selepas puas aku menerokai buku ilmiah tu..[ Ilmiah ker?? ] Aku cari lagi barang sejarah aku lagi. Tiba-tiba aku terjumpa gambar aku tengah menangis masa aku 5 tahun dulu. Aku cuba ingat balik peristiwa tu. Mungkin masa tu aku menangis sebab tak dapat nak ambil gambo... [ Maklum la. mase tu aku jakun sikit. tak boleh tengok perkara baru.. ] Masa tu abang aku baru je beli kamera. Tu yang tak sabar-sabar nak rasmikan kamera tu.

Then aku sambung lagi cari, yang ni sejarah yang latest baru berlalu tahun lepas. Buku tu memiliki banyak kenangan ketika aku diasrama. Ada biodata member sekola aku, ada karangan mengarut diaorang. Perh!!! Aku fikir-fikir balik kiteorang dulu memang rapat. Sejak aku keluar dari asrama, aku dah macam disingkirkan dari diaorang. Ntah la kadang-kadang aku sedih jugak, adakah memang dari dulu diaorang memang tak suka berkawan dengan aku.?? [ Apa la yang aku dok kalut ni.. ]

Semua tu dah berlalu, sekarang aku punya target untuk jadi seorang manusia yang tak punya musuh. Semua itu tinggal kenangan yang manis sahaja.

p/s : 

  • Kepada member-member aku.. Aku rindu untuk rapat dengan korang macam dulu... Maafkan aku kalau aku ada buat korang tersinggung...
  • Bukan aku pinta untuk berkeadaan sebegini.
  • Perkara yang berlaku, biarkan pergi..
  • Sekarang jadikan hari esok hari yang terbaik dari hari ini.

1 ulasan:

dunia berkata...

ceh3.....
aduuhhh....
nak touching la plak......