Khamis, 25 November 2010

Misteri Potret Monalisa


SEBUAH potret lama berusia lebih 500 tahun yang digantung pada satu sudut dinding Muzium Louvre di kota Paris, Perancis terus mencetuskan misteri yang membingungkan ramai pihak sehingga kini.

Lukisan potret berasaskan cat minyak itu menggambarkan seorang gadis yang tidak dinafikan kecantikannya. Dia kelihatan menghadap ke arah pelukis dengan kedua-dua pergelangan tangannya dirapatkan antara satu sama lain.

Lalu dengan kedudukan begitu, Leonardo Da Vinci terus menggerakkan peralatan melukisnya dengan warna tertentu di atas kepingan papan mengikut corak dan pemandangan di hadapan matanya, sekitar 1503.

Pelukis itu mengambil masa lama untuk menyiapkan lukisan itu sebaliknya ketelitian dan pelbagai penekanan dalam proses menghasilkan kerja seni itu menyebabkan potret bergelar ‘Mona Lisa’ itu siap empat tahun kemudian.

Kini, selepas lebih 500 tahun, potret agung bersaiz 53 sentimeter lebar dan 77 sentimeter panjang itu digantung di sebalik cermin yang dilengkapi pengawasan ketat di sebuah galeri khas muzium terbabit.

Sebelum dipindahkan ke galeri khas itu pada April 2005, jutaan peminat dari seluruh dunia mengunjungi Muzium Louvre semata-mata ingin melihat potret yang penuh dengan misteri dan enigma itu.

Selain kekaguman melihatkan hasil seni yang memukau, tanda tanya dan kebingungan pasti menerjah ke benak minda kebanyakan pihak yang memerhati dengan teliti riak wajah pada potret itu.

Senyuman gadis itu aneh sekali, jarang sekali manusia memiliki senyuman ‘semisteri’ senyuman Mona Lisa. Bentuk senyuman itu tampak berbeza jika dilihat dari sudut berlainan.

Ketaksuban terhadap senyuman itu menyebabkan ia menjadi igauan penyelidik, ahli psikologi dan pengkaji seni dalam usaha menafsirkan makna di sebalik senyuman itu.

Sekecil-kecil sudut dalam lukisan berkenaan diteliti bagi membongkar rahsia yang menyelubungi wanita itu malah satu program komputer direka khas untuk mengetahui perasaan model terbabit ketika dia menyimpulkan senyuman seunik itu.

Program komputer dibangunkan Universiti Illinois dan Universiti Amsterdam itu membandingkan apa yang diimbas dengan pangkalan data berbagai ekspresi wajah manusia. Ia mengukur bentuk seperti lingkungan bibir dan kerutan sekitar mata untuk menghasilkan kesimpulan.

Hasilnya, program ‘pengenal emosi’ itu menyatakan bahawa wanita dalam lukisan Da Vinci itu berada dalam kondisi bahagia dengan peratusannya ialah 83 peratus gembira, sembilan peratus jijik, enam peratus takut dan dua peratus marah.

Pada 2003 ilmuwan dari Universiti Harvard mengatakan, cara mata pemerhati memproses maklumat visual membuatkan senyuman Mona Lisa hanya tampak unik ketika seseorang memandang bahagian lain dalam lukisan itu.

Baru-baru ini pula, sekumpulan penyelidik Kanada cuba membongkar misteri dengan mengandaikan bahawa senyuman Mona Lisa itu sebagai tanda kegembiraan wanita berkenaan yang baru saja melahirkan anak keduanya.

Andaian itu berdasarkan penemuan kumpulan pengkaji itu yang mengamati bahagian lukisan berkenaan menggunakan cahaya inframerah dan teknik tiga dimensi. Dengan teknik itu, mereka dapat melihat goresan cat lapisan demi lapisan dihasilkan Da Vinci selain menjumpai bahagian yang tidak dapat dilihat mata kasar, sebelum itu.

“Dari pengamatan yang sangat mendalam terhadap lukisan itu, jelas terlihat bahawa baju dipakai Mona Lisa dilapisi kain kasa lutsinar,” kata Bruno Mottin dari Pusat Penelitian dan Restorasi Muzium Perancis. Kain jenis ini banyak dipakai wanita Itali yang sedang mengandung atau baru saja melahirkan anak pada abad ke-16.

Sebelum itu, bahagian berkenaan jarang diamati kerana dianggap terlalu gelap sehingga sukar dilihat mata kasar. Namun, dengan teknik tiga dimensi itu, dapat dipastikan model Da Vinci itu sedang memakai pakaian berkenaan selepas melahirkan putera kedua.

Selain senyuman unik, satu lagi keistimewaan gaya lukisan Da Vinci menerusi potret berkenaan menyebabkan bebola mata Mona Lisa akan sentiasa memandang ke arah pengunjung tidak kira dari arah mana mereka memerhatikan lukisan itu.

Akan tetapi, antara misteri paling utama dalam potret Mona Lisa untuk mengenalpasti siapa wanita itu sebenarnya.

Teori mengatakan wanita itu gembira kerana baru melahirkan anak kedua mengaitkan bahawa model Mona Lisa sebenarnya ialah Lisa Ghererdini, isteri seorang pedagang bernama Francesco de Giocondo. Nama Mona Lisa yang digunakan bermaksud Madam Lisa.

Bagaimanapun, terdapat wanita lain yang dikaitkan sebagai Mona Lisa; selain Lisa Ghererdini, wanita yang turut dikaitkan sebagai model Mona Lisa ialah Isabella of Aragon, Caterina Sforza dan Constanza d’Avalos.

Seorang penulis, Serge Bramly, pula mengemukakan teori bahawa model kepada lukisan Mona Lisa adalah ibu kepada Da Vinci dikenali sebagai Caterina.

Terdapat juga pengkaji seni yang mengandaikan bahawa wajah Mona Lisa dilukis Leonardo tanpa merujuk kepada mana-mana model sebaliknya ia berdasarkan imaginasi pelukis itu yang banyak menghabiskan masa mengkaji teknik melukis wajah seseorang.

Bagaimanapun, teori yang paling mengejutkan dikemukakan Dr Lillian Schwartz dari Bell Labs yang menyatakan bahawa Mona Lisa sebenarnya wajah Leonardo sendiri dalam versi ‘kewanitaan’.

Teori itu diperoleh apabila Schwartz menggabungkan wajah Leonardo dan wajah Mona Lisa dan hasilnya, didapati bentuk kedua-dua wajah itu adalah selari!


FAKTA: Potret Mona Lisa

  • Lukisan itu menjadi popular selepas dicuri dari Muzium Louvre pada 21 Ogos 1911. Selepas kecoh mengenai kehilangan itu, seorang pekerja muzium terbabit iaitu Vincenzo Peruggia akhirnya didapati bersalah. Lukisan itu dijumpai dan dikembalikan ke Muzium Louvre dua tahun kemudian.
  • Populariti potret Mona Lisa menyebabkan ia dijadikan lagu berlainan lebih 10 kali, diinspirasi sebagai filem atau babak filem dan pelbagai sastera serta seni kreatif lain.
    Judul ‘Mona Lisa’ diberikan kepada potret itu 31 tahun selepas kematian Leonardo. Selain Mona Lisa, judul lain adalah ‘La Gioconda’.
  • Keistimewaan Mona Lisa adalah matanya akan sentiasa memandang ke arah pemerhati tidak kira dari arah mana anda memerhatikannya. Senyumannya juga kelihatan berbeza dari setiap sudut pandangan berbeza.
  • Terdapat pertikaian bahawa Mona Lisa membiarkan rambutnya terurai hingga ke bahu seperti terlihat dalam lukisan bagaimanapun ia disanggah dengan kenyataan corak seakan rambut itu sebenarnya kain pelindung kepala dan hanya beberapa helai rambut kelihatan.
  • Perbuatan membiarkan rambut bebas terurai di zaman Renaissance adalah ciri wanita muda yang tidak memiliki sopan santun.

Selepas 500 tahun, keadaan meterial lukisan Mona Lisa yang melewati masa lama semakin membimbangkan.

27th 7 Kebijaksanaan dan Keistimewaan Manusia

7 kebijaksanaan dan keistimewaan manusia satu tajuk yang nak saya kupas ni. Mengikut kajian susah untuk seseorang itu mempunyai keistimewaan untuk mengusai kesemua 7 keistimewaan itu. Paling banyak pun cuma 2-4 keistimewaan sahaja.  Apa keistimewaan dan kebijaksanaan itu?
  1. Kebijaksanaan Lisan - Seseorang yang suka akan penulisan dan pembacaan dan amat bagus didalam menerangkan sesuatu. Gemar kepada perkataan bergambar, frasa-frasa kreatif, perkataan baru dan sebagainya. Minat untuk menambah perbendaharaan kata. Bidang perniagaan yang mempunyai potensi sebagai ; penulis, novelis atau pelakon.
  2. Kebijaksanaan Visual / artistik - Bijak dalam menggunakan carta dan simbul untuk menerangkan sesuatu fakta.  Dapat menggambarkan sesuatu dengan jelas di minda mereka. Boleh membayangkan sesuatu . Sukakan gambar dan suka mendemonstrasi untuk memahami sesuatu. Bidang perniagaan yang mempunyai potensi sebagai ; penerbit buku bergambar,halaman web atau pengarah sinematografi.
  3. Kebijaksanaan Fizikal - Menpunyai penghayatan dan belajar menerusi perbuatan. Seterusnya mengaplikasikan dengan melakukan sedikit praktikal. Merasakan perlu mempelajari sesuatu secara bergerak. Aktiviti gerak kerjadijadikan sebagai kegemaran. Bidang perniagaan yang mempunyai potensi sebagai ; Penghibur yang merangkumi ahli silap mata, stuntman atau pun sebagai koreografer.
  4. Kebijaksanaan Muzikal - Musik adalah satu kegemaran. Mudah untuk menghayati dan menghafal lirik dengan mudah. Mempunyai deria semulajadi kepada tempo dan masa. Terhibur dengan semua jenis bunyi. Cepat peka kepada sebarang bunyi. Bidang perniagaan yang mempunyai potensi sebagai ; Komposer lagu atau penyanyi.
  5. Kebijaksanaan Matematikal dan Logikal - Gemar untuk membuat sesuatu perkara mengikut peraturan dan mengikut tertib. Menyusun sesuatu perkara mengikut aturan yang logik. Mencari corak dan hubungkait diantara sesuatu benda. Mahir di dalam membuat penganalisaan., pengiraan , perancangan . Fikirkan satu-satu perkara agar dapat difahami. Bercakap mengikut susunan : “Pertama…Kedua….dan ketiga…”. Bidang perniagaan yang mempunyai potensi sebagai ;Usahawan dibidang teknologi maklumat, komputer dan usahawan bidang kejuruteraan.
  6. Kebijaksanaan Diri Dalaman - Seseorang yang suka menyendiri di tempat2 sunyi dengan mencari ketenangan untuk berfikir. Faham akan motif diri sendiri dan sebab2 dalam melakukan sesuatu.  Gemar untuk berangan-angan akan sesuatu idea dan mengembara perasaan dalaman diri sendiri. Bidang perniagaan yang mempunyai potensi sebagai ; Ahlifalsafah dan Psikologi atau pun Penyair dan Penyajak.
  7. Kebijaksanaan Pergaulan ( Interpersonal ) - Bijak apabila bersama dengan orang ramai. Boleh berunding dengan ramai orang. Tahu apa yang hendak dilakukan apabila berhubung dengan orang lain. Sensitif dengan orang lain. Suka membuat ramai kawan, berpasukan, bermasyarakat dan acara-acara sosial. Bidang perniagaan yang mempunyai potensi sebagai ; Pengacara TV atau Pakar Perunding.
Kesemua insan2 yang mempunyai karektor diatas mempunyai aya yang tersendiri jika melakukan sebarang perniagaan terutama dalam perniagaan online. Idea2 yang yang tercetus adalah dari limpahan idea2 yang banyak. Ini akan dapat menghasilkan satu perniagaan yang boleh memberi kepuasan malah imbuhan yang banyak.

Misteri Segitiga Bermuda Di Muka Dunia



Sebenarnya tempat misteri ini bukanlah berbentuk segitiga sebenar, sebab batas-batas dari petunjuk kapal-kapal atau pesawat terbang yang hilang lebih dari bentuk segitiga itu. Segitiga itupun hanya merupakan imaginasi sahaja. Bila kita ambil peta, kita buka di bahagian Amerika Tengah, di sana terdapat banyak kepulauan Hindia Barat. Untuk mengetahui bagaimana bentuk dari Segitiga Bermuda itu, kita tarik garis dari kota Miami ke kota San Juan di Puerto Rico; dari San Juan ke pulau Bermuda; dan kembali ke Miami di daerah Florida, Amerika. Meskipun sebenarnya misteri Segitiga Bermuda ini �milik� orang Amerika, tak apalah kita turut memperbincangkannya. Sebenarnya tempat semacam ini ada pula di tempat lain, juga di Amerika, iaitu di sebuah danau yang bernama Ontario, bahkan lebih �mengerikan� dari Segitiga Bermuda.
Dari berbagai kesimpulan, jarum kompas dan peralatan pesawat yang hilang selalu mendapat gangguan dan mereka seperti tidak melihat air. Disimpulkan, di dasar laut sana terdapat sebuah medan magnetik yang kuat, yang mampu mengganggu kompas atau menarik kapal itu sampai ke dasar laut.

Tidak cukup bila menghuraikan seluruh peristiwa, dan itu juga tidak menjurus pada penyelesaian. Pelbagai teori serta andaian mengenai Segitiga Bermuda. Mungkin di ruang udaranya terdapat gangguan atmosfera yang berupa �lubang di langit�. Kemungkinan pesawat-pesawat udara telah masuk ke dalamnya serta hilang tanpa dikesan. Dari misteri "Lubang di Langit" ini membentuk sebuah teori tentang adanya semacam perhubungan antara dunia ini dengan dimensi lain. Lubang di Langit tersebut dianggap semacam alat perhubungan seperti di dalam filem Star Trek. Ataukah Lubang di Langit itu UFO? Orang sering menghubungkan hilangnya pesawat kita dengan munculnya UFO. Malah hasilnya hanya pertanyaan tanpa jawapan.

Terdapat sebuah tempat di Segitiga Bermuda yang disebut Tongue of the Ocean atau �Lidah Lautan�. Lidah Lautan mempunyai jurang bawah laut (canyon) Bahama. Banyak yang belum diketahui tentang misteri Segitiga Bermuda. Ada orang menghubungkan misteri Segitiga Bermuda ini dengan misteri lainnya. Misalnya misteri Naga Laut yang pernah muncul di Tanjung Ann, Massachussets AS, pada bulan Ogos 1917. Mungkinkah naga laut ini banyak meminta korban ? Ataukah arus Cromwell di Lautan Pasifik yang menyebabkan adanya gelombang lautan di situ atau angin taufan, gempa bumi di dasar lautan? Tak ada siapa yang tahu.




Kononnya di sekitar kepulauan Bahama terdapat blue hole, yaitu semacam gua lautan. Dulu gua ini memang sungguh ada, tetapi setelah zaman ais berlalu, gua ini terendam. Arus didalamnya sangat kuat dan sering membuat pusaran yang berdaya besar. Banyak kapal-kapal kecil atau manusia yang disedut ke dalam blue hole itu, dan yang anehnya kapal-kapal kecil itu akan muncul kembali ke permukaan laut selang beberapa lama. Tapi yang menimbulkan pertanyaan ialah: Mungkinkah Blue Hole ini mampu menelan kapal besar ke dasar lautan?

Dari Mana Asal Besi??

Besi adalah salah satu unsur yang sangat penting dalam kehidupan manusia di bumi ini. Besi digunakan hampir di semua tempat, untuk membangun gedung-gedung, alat transportasi, senjata, sampai benda-benda kecil dalam rumah tangga seperti palu, cangkul, pisau dan lain sebagainya (palu dan cangkul itu bagian dari peralatan rumah tangga ya??? :-D ).
Posting ini sebagai kelanjutan dari perbandingan kita antara Signs dan Science (masih ingatkan apa maksudnya?). Sebelumnya juga sudah kita bandingkan 1 kejadian yang diramalkan akan terjadi (dalam Alquran) dan benar-benar telah terjadi atau ramalan tersebut terbukti benar. Ramalan itu adalah tentang kemenangan Byzantium.
Sekarang kita coba bandingkan lagi informasi yang diberikan oleh alquran dengan bidang fisika. Di dalam alquran, ada sebuah surat yang bernama al-Hadid yang berarti “besi“. Pada bagian ayat ke-25, dinyatakan dengan jelas dari mana sebenarnya asal besi…

“… dan kami turunkan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia ..” [al-Hadid : 25]
Kata “anzalna” yang berarti “kami turunkan” khususnya digunakan untuk besi dalam ayat ini, dapat diartikan secara kiasan untuk menjelaskan bahwa besi diciptakan untuk memberi manfaat bagi manusia. Tapi ketika kita mempertimbangkan makna harfiah kata ini, yakni “secara bendawi diturunkan dari langit“, kita akan menyadari bahwa ayat ini memiliki keajaiban ilmiah yang sangat penting.
Ini dikarenakan penemuan astronomi modern telah mengungkapkan bahwa logam besi yang ditemukan di bumi kita berasal dari bintang-bintang raksasa di angkasa luar.
Logam berat di alam semesta dibuat dan dihasilkan dalam inti bintang-bintang raksasa. Akan tetapi sistem tata surya kita tidak memiliki struktur yang cocok untuk menghasilkan besi secara mandiri. Besi hanya dapat dibuat dan dihasilkan dalam bintang-bintang yang jauh lebih besar dari matahari, yang suhunya mencapai beberapa ratus juta derajat.

Ketika jumlah besi telah melampaui batas tertentu dalam sebuah bintang, bintang tersebut tidak mampu lagi menanggungnya, dan akhirnya meledak melalui peristiwa yang disebut “nova” atau “supernova“. Akibat dari ledakan ini, meteor-meteor yang mengandung besi bertaburan di seluruh penjuru alam semesta dan mereka bergerak melalui ruang hampa hingga mengalami tarikan oleh gaya gravitasi benda angkasa.
Keterangan di atas dan pernyataan dalam alquran surat al-Hadid ayat 25 menunjukkan sebuah kesimpulan yang sama, bahwa besi tidak terbentuk di bumi melainkan kiriman dari bintang-bintang yang meledak di ruang angkasa melalui meteor-meteor dan “diturunkan ke bumi“. Fakta ini sudah dinyatakan sejak lebih dari 1400 tahun lalu dalam Alquran dan telah terbukti di masa sekarang.
Hal di atas menunjukkan bahwa Alquran, dengan ayat-ayatnya (signs) membuktikan bahwa ilmu pengetahun benar-benar mengikuti kebenaran Alquran… Allahuakbar!

Ibnu Sina, Lebih Dikenal dengan Nama Avicena, siapa dia?

Tidak selamanya ilmuwan berasal dari negeri barat. Yang berasal dari Timur Tengah pun tidak kalah jumlahnya. Salah satu ilmuwan dari belahan benua ini adalah Ibnu Sina. Siapa dia? Dunia barat mengenalnya dengan nama Avicena. Ibnu Sina dilahirkan pada tahun 370 Hijriah bersamaan dengan 980 Masehi. Pengajian peringkat awalnya bermula di Bukhara dalam bidang bahasa dan sastera. Selain itu, beliau turut mempelajari ilmu-ilmu lain seperti geometri, logik, matematik, sains, fiqh, dan pengobatan, demikian seperti yang dirangkum www.mifti.tripod.com.Ibnu Sina mula menjadi terkenal selepas berjaya menyembuhkan penyakit Putera Nub Ibn Nas al-Samani yang gagal diobati oleh doktor yang lain. Kehebatan dan kepakaran dalam bidang pengobatan tidak ada bandingnya sehingga beliau diberikan gelar al-Syeikh al-Rais (Mahaguru Pertama).
Kemasyhurannya melangkaui wilayah dan negara Islam. Bukunya Al Qanun fil Tabib telah diterbitkan di Roma pada tahun 1593 sebelum dialihbahasakan ke dalam bahasa Inggris dengan judul Precepts of Medicine. Dalam jangka masa tidak sampai 100 tahun, buku itu telah dicetak ke dalam 15 bahasa. Pada abad ke-17, buku tersebut telah dijadikan sebagai bahan rujukan di universitas-universitas Itali dan Prancis. Malahan sehingga abad ke-19, bukunya masih diulang cetak dan digunakan oleh para pelajar perobatan.
Ibnu Sina juga telah menghasilkan sebuah buku yang diberi judul Remedies for The Heart yang mengandungi sajak-sajak pengobatan. Dalam buku itu, beliau telah menceritakan dan menguraikan 760 jenis penyakit bersama cara untuk mengobatinya.

Hasil tulisan Ibnu Sina sebenarnya tidak terbatas kepada ilmu pengobatan saja. Ibnu Sina juga menulis tentang metafisik, musik, astronomi, filologi (ilmu bahasa), syair, prosa, dan agama.
Ibnu Sina juga merupakan seorang ahli filsuf terkenal. Beliau pernah menulis sebuah buku berjudul al-Najah yang membicarakan persoalan filsafat. Pemikiran Ibnu Sina banyak dipengaruhi oleh aliran al-Farabi.(merry magdalena)

Siapa Bill Gates

William Henry Gates III atau lebih terkenal dengan sebutan Bill Gates, lahir di Seatle, Washington pada tanggal 28 Oktober 1955. Ayah Bill, Bill Gates Jr., bekerja di sebuah firma hukum sebagai seorang pengacara dan ibunya, Mary, adalah seorang mantan guru. Bill adalah anak kedua dari tiga bersaudara. Sejak kecil Bill mempunyai hobi "hiking",bahkan hingga kini pun kegiatan ini masih sering dilakukannya bila ia sedang "berpikir".

Bill kecil mampu dengan mudah melewati masa sekolah dasar dengan nilai sangat memuaskan, terutama dalam pelajaran IPA dan Matematika. Mengetahui hal ini orang tua Bill, kemudian menyekolahkannya di sebuah sekolah swasta yang terkenal dengan pembinaan akademik yang baik, bernama "LAKESIDE". Pada saat itu , Lakeside baru saja membeli sebuah komputer, dan dalam waktu seminggu, Bill Gates, Paul Allen dan beberapa siswa lainnya (sebagian besar nantinya menjadi programmer pertama MICROSOFT) sudah menghabiskan semua jam pelajaran komputer untuk satu tahun.

Kemampuan komputer Bill Gates sudah diakui sejak dia masih bersekolah di Lakeside. Dimulai dengan meng"hack" komputer sekolah, mengubah jadwal, dan penempatan siswa. Tahun 1968, Bill Gates, Paul Allen, dan dua hackers lainnya disewa oleh Computer Center Corp. untuk menjadi tester sistem keamanan perusahaan tersebut. Sebagai balasan, mereka diberikan kebebasan untuk menggunakan komputer perusahaan. Menurut Bill saat itu lah mereka benar- benar dapat "memasuki" komputer. Dan disinilah mereka mulai mengembangkan kemampuan menuju pembentukan Microsoft, 7 tahun kemudian.
Selanjutnya kemampuan Bill Gates semakin terasah. Pembuatan program sistem pembayaran untuk Information Science Inc, merupakan bisnis pertamanya. Kemudian bersama Paul Ellen mendirikan perusahaan pertama mereka yang disebut Traf-O-Data.

Mereka membuat sebuah komputer kecil yang mampu mengukur aliran lalu lintas. Bekerja sebagai debugger di perusahaan kontrkator pertahanan TRW, dan sebagai penanggungjawab komputerisasi jadwal sekolah, melengkapi pengalaman Bill Gates.
Musim gugur 1973, Bill Gates berangkat menuju Harvard University dan terdaftar sebagai siswa fakultas hukum. Bill mampu dengan baik mengikuti kuliah, namun sama seperti ketika di SMA, perhatiannya segera beralih ke komputer. Selama di Harvard, hubungannya dengan Allen tetap dekat. Bill dikenal sebagai seorang jenius di Harvard. Bahkan salah seorang guru Bill mengatakan bahwa Bill adalah programmer yang luar biasa jenius, namun seorang manusia yang menyebalkan.
Desember 1974, saat hendak mengunjungi Bill Gates, Paul Allen membaca artikel majalah Popular Electronics dengan judul "World's First Microcomputer Kit to Rival Commercial Models". Artikel ini memuat tentang komputer mikro pertama Altair 9090.

Allen kemudian berdiskusi dengan Bill Gates. Mereka menyadari bahwa era "komputer rumah" akan segera hadir dan meledak, membuat keberadaan software untuk komputer - komputer tersebut sangat dibutuhkan. Dan ini merupakan kesempatan besar bagi mereka.
Kemudian dalam beberapa hari, Gates menghubungi perusahaan pembuat Altair, MITS (Micro Instrumentation and Telemetry Systems). Dia mengatakan bahwa dia dan Allen, telah membuat BASIC yang dapat digunakan pada Altair. Tentu saja ini adalah bohong. Bahkan mereka sama sekali belum menulis satu baris kode pun. MITS, yang tidak mengetahui hal ini, sangat tertarik pada BASIC. Dalam waktu 8 minggu BASIC telah siap. Allen menuju MITS untuk mempresentasikan BASIC. Dan walaupun, ini adalah kali pertama bagi Allen dalam mengoperasikan Altair, ternyata BASIC dapat bekerja dengan sempurna. Setahun kemudian Bill Gates meninggalkan Harvard dan mendirikan Microsoft.

Terlepas dari masalah perseteruan Microsoft dengan beberapa organisasi dan vendor lain berhubungan dengan masalah monopoli software, pemakaian teknologi vendor lain, dsb. Saat ini Microsoft tumbuh menjadi vendor software dan sistem operasi yang menguasai pangsa pasar software dunia. Windows 95, 98, ME, 2000, XP adalah sistem operasi produksi Microsoft yang selalu ditunggu-tunggu oleh pengguna pc di dunia.

Windows Movie Maker : [Bahagian 2] Isikan Cara Gambar Berubah(transition) Pada Paparan Anda Di Movie Maker

1.    Pilih “Windows Movie Maker” pada “Button Start”

  

2.    Paparan “Windows Movie Maker” akan keluar, dan pilih “View video transition”

  

3.    Pilihan cara gambar berubah akan dipaparkan table


4.    Kemudian klik “Show Stotyboard” untuk memaparkan cara gambar berubah


5.    “Timeline” akan dipaparkan



6.    Tarik cara perubahan gambar, dan letakkan pada “Timeline”


7.    Susun “Transitions” pada “Timeline 


8.    Setelah selesai pilih “Collections” pada bar di atas


9.    Dan akhir sekali anda boleh melihat semula paparan video anda


-Mudah sahaja, anda juga boleh mencipta paparan video bergambar anda sendiri 
SeLaMaT MeNCuBa!!!