Jumaat, 28 Oktober 2011

Pempers Punya Pasal.

Ade satu malam tu aku tidur... Aku mimpi antu..

Esok pagi, aku sedar yang seluar dah basah..

Petang tu aku cakap dengan mak, sebab nak pakai pempers..

Mak terus lempang kepala aku... Meong wo..

Rupe2nye.. Mak ingat aku period...

Padahal aku nak pakai pempers sebab, aku dah setat kencing dalam seluar balik macam mana zaman aku baby dulu..
Kuek~ Kuek~ Kuek~

Hahaha...

(Rekaan Semata)

p/s : Dah besar-besar tak akan kencing dalam seluar lagi.. Haha

Khamis, 27 Oktober 2011

Kelapa Oh! Kelapa

Hallo...
Entry aku kali ni, aku nak story tentang pokok KELAPA... Bukan pokok Buah PALA atau yang paling teruk pokok KEPALA bagi yang huru hare... Hihihi~

Korang tahu, kan? Yang pokok kelapa dari batang, buah, daun, dan seadanya.. Aku akan cuba sedaya upayanya untuk menulis seluruh kegunaannya..

Toink~ Toink~

O Batang Pokok Kelapa : Buat Titi


O Buah kelapa :

(Air) Boleh diminum,

(Isi Buah yang Tua) Boleh dijadikan santan,

(Santan) Boleh dijadikan Tahi Minyak & Buat nasi Lemak,

(Hampas Kelapa) boleh diberi ayam, itik or ikan makan,

(Sabut) Boleh dijadikan berus,

(Tempurung) Boleh dijadikan Tabung


O Daun Kelapa :

( Daun ) Boleh dijadikan ketupat,

( Lidi ) Boleh dijadikan penyapu.


O Anak Kelapa : Yang baru tumbuh tu, boleh makan macam tu jer or buat masak.

p/s : Jadi la macam pokok kelapa yang banyak kegunaanya... : )

Harga Sekuntum Cinta - Far East

Hai all.... 
Hari ni aku nak show pada korang satu lagi lagu..
Lagu ni mengisahkan kehidupan...
Semoga korang terhibur..

Jumaat, 21 Oktober 2011

Berfikir Sebelum Bertindak ( Kes Buang Bayi )

Hari ini banyak kita lihat didalam surat khabar mengenai bayi yang baru lahir dibuang, dibakar, ditoreh perutnya dan ditanam... Kalau mengikut Islam.. Pada zaman arab Jahilliah, perkara ini sudah biasa bagi mereka.. Menanam bayi yang baru dilahirkan... Seolah-olah zaman itu kembali berundur setelah Rasulullah wafat..


Memang tak sanggup rasanya seorang manusia normal membuang anak hidup-hidup... Kasihan anak itu.. Nyawa yang baru lahir dimuka bumi ini. Dan suci tanpa dosa di hapuskan bagai menghapuskan sampah.. Pernahkah korang terfikir apa punca ini terjadi?? Dari mana mulanya bayi yang dilahirkan tanpa ikatan yang sah ini??

Mungkin tidak pernah korang terfikir dan mungkin juga korang fikir sejenak.. Tapi tak pernah fikir lebih mendalam..

Ianya bermula dari sebuah perkenalan yang mulanya kawan rapat, kemudian cinta berputik didalam hati masing-masing.. Oleh kerana tiada pegangan agama yang kuat syaitan mula menghasut agar melakukan perkara yang dimurkai Allah SWT...

Punca bayi lahir :
O Permulaannya dari kata-kata dan gelaran seperti Mama & Papa..

O Kemudian dari perjumpaan ( Dating ).

O Seterusnya, rindu untuk berjumpa...

O Sering berkata perkataan lucah/kotor...

O Berani mencuba perkara yang diluar batasan..

Sebab bayi dibuang :
O Malu untuk berhadapan dengan masyarakat..

O Takut ibubapa mereka tahu..

O Takut dihina dan dicaci oleh masyarakat..

O Takut berhadapan dengan hukuman..

Wahai manusia, sama ada lelaki mahupun wanita.. Sedarlah... Jangan jadikan ini pengakhiran dunia... Bangkitlah sebagai manusia yang berjaya dalam hidup, berilmu dan bertakwa... Berbuat baik lah terhadap orang lain..
Jangan lah seksa makhluk yang lemah...

p/s : Kalau dah terlanjur tu... Terima dan jaga la bayi tersebut... Walaupun terpaksa berhadapan dengan berbagai-bagai dugaan... Nescaya ada balasannya.. Sesungguhnya pintu taubat masih terbuka...

Cari Cinta Bukan Dari Rupa~


Cinta oh cinta...
Kalau sebut pasal cinta main suka lagi korang ye.. Mana tak suke, kecik-kecik dah pandai nak bercinta.. Betul tak?? Kalau nak bercinta tu boleh.. Tapi jangan la sampai buat maksiat dan berkepit 24 Jam... Menyampah tahu tak? Bukan aku jales okeh...

Tak ada masa la aku nak jales dengan korang ni... Walaupun awek korang secantik pelakon barat.. "Guwa tade helan maa! !" Tapi jaga la sikit tata susila korang tu bila ada pada pandangan masyarakat... Kalau aku la an.. Bila nampak jer.. Ya Allah... Meluat tahu tak... Gune ayat macam dah kawen..

Baby La
Ucuk La
Mama La
Papa La
Bie La
Sayang La

Ehh! Tak paham ahh!

Okey.. Apa-apa pun tu hak korang an.. Tu korang sendiri jawab kat akhirat nanti... Sekarang aku nak cerita pasal "Cinta Bukan Bergantung Paras Rupa"

Maksud aku disini :


O Apa guna kalau ada muka cantik tapi hati hitam lekat... Lepas tu bajet cantik pulak or hati batu macam batu sungai...
~ Cari  wanita yang lemah lembut bahasanya.. Dan memiliki hati yang baik.. Serta mampu memgembirakan korang... ( Kalau dah jumpa, n muka dia cantik .. Itu memang jodoh korang, nk buat mcm mana)

O Apa guna memiliki rambut yang cantik tetapi ditayang pada semua orang...
~ Cari wanita yang menutup rambut dan menutup aurat...

O Apa guna kalau mulut 'cute' tapi suke cerita benda yang tak baik...
~ Cari wanita yang suka melafaskan kata-kata yang baik-baik saja..

O Apa guna muka cantik tapi tak tahu masak....
~ Cari wanita yang pandai memasak... Korang jugak yang untung...



O Apa guna muka hensem tapi suka mainkan perasaan perempuan..
~ Cari jejaka yang setia.

O Apa guna ada style tapi perangai macam binatang..
~ Cari jejaka yang simple, tapi baik hatinya...

O Apa guna berlajar tinggi-tinggi, tapi mulut macam cilake..
~ Cari jejaka yang sederhana, tetapi baik budi bahasa..

O Apa guna kaya tapi perangai berlagak
~ Cari yang kaya tapi dia baik dan memahami

Moral of The Entry... Cari Cinta bukan pada rupa atau gaya... Bukan itu semua yang mendatangkan kebahagiaan...

p/s : Nasihat yang tak berapa berguna kot..

Jumaat, 14 Oktober 2011

Cara Nak Ajar Pelajar Sekarang ! ! !

Zaman sekarang ni.. Pelajar sekolah sudah semakin berani buat salah laku disekolah... Korang yang pelajar sekolah, ada buat salah laku tak?? Ahha... Bagus la kalau tak ada... Aku ada beberapa cadangan yang pelik & mengarut yang nak dikongsikan..... Nak tahu apa?? Mari Terjah....... 

Cara atasi Masalah : 


Kalau aku jadi pengetua sekolah atau guru besar... Aku nak buat macam ni :

O Pasang pagar elektrik, untuk elakkan pelajar cabut lari masa waktu sekolah...

O Pasang CCTV yang ada keistimewaan seperti Senapang  Gajah... ( So, nanti pelajar takot la nak langgar peraturann... Sebab nanti kalau dia langgar jugak.. Dia kena tembak dengan senapang gajah.. Haha )

O Pasang sense yang kesan suara dalam kawasan sekolah... So, kalau ada pelajar yang tak puas hati dengan cikgu & dia kutok belakang-belakang.. Dah tentu la cikgu-cikgu dapat tahu sebab sense tu ada...

O Pasang robot pengawas peperiksaan yang ada kelebihan seperti dapat kesan pelajar yang meniru dalam peperiksaan... ^_^

O Pasang thumb print pada setiap kelas.. Kalau pelajar nak masuk je.. Kena scan ibu jari... Baru la tak ada kes pelajar backup kawan yang ponteng kelas atau ponteng sekolah...

Kepada korang yang banyak duit.. Boleh la guna kan kaedah ini untuk sekolah korang sendiri.... Baru la sekolah korang dapat meningkatkan disiplin pelajar... Hahaha.... 

p\s : Gurauan semata....