Rabu, 4 Mei 2011

Punca kebanyakkan orang masuk neraka!

Assalammualaikum... Aku nak bercerita sedikit la... Ada satu hari tu aku pergi la kedai buku dengan kawan... Aku pun pigi la ke tempat ruang buku agama [ Cewahh... Bajet baik jer aku ni... ].. Aku pun rancak ler cari buku-buku dekat situ..

"Dont' be Sad? Herm... Dulu buku ni aku pernah beli tapi dah bagi membe aku simpankan..."

Tiba-tiba mata aku terus attack pada sebuah buku murah ni...

"Wah!!"

Aku pun selak la.. Sehelai demi sehelai... Tangan aku terus terhenti dari selak muka seterusnya... Mata aku fokus pada satu ayat pada buku tuh....

"Yang paling banyak masukkan manusia ke neraka adalah dua lubang, iaitu mulut dan kemaluan"

NOKTAHH!!!



Korang faham tak maksud ayat tuh??   (,") ?

okeyh! Aku tulis entry ni memang nak jelaskan ayat tuh...

1. Maksud ayat lubang mulut ialah mulut sering melakukan dosa seperti memaki, mengumpat, menghina, memfitnah dan sebagainya yang tertulis dalam al-Quran...

2. Maksud ayat lubang kemaluan ialah lubang kemaluan korang tu sering melakukan dosa seperti berzina, liwat dan onani...

Zaman sekarang berapa banyak dosa remaja dah lakukan seperti ini.. Aku?? Wallahualam la... Baru-baru ni sekolah aku digemparkan dengan seorang pelajar sekolah aku dan pernah jadi rakan aku sendiri telah merogol awek a.k.a teman wanitanya... Astagfirullah... Aku tak tahu la apa nak jadi dengan remaja sekarang... Terok bebenor..

***

p/s : Kepada korang kaum hawa... Korang pandai-pandai la jaga diri... Jangan mengatal n mengedik bile jumpe lelaki okeyh! Hope aku jumpa korang nanti bila korang dah berjaya jadi manusia yang mulia...

Jumaat, 29 April 2011

Tenang Kawan

Aku ada sorang member ni.. Dia citer dekat aku yang dia tak jumpa ketenangan... Tak susah nak cari ketenangan kawan... Hanya perlu relax dan baca la al-Quran [ Bagi beragama Islam]... Dia cerita yang dia telah kehilangan orang yang paling dia sayang.. Kerana orang yang dia sayang tu sakit.. Dan meninggal dunia...

Teman... 
Ingat la, kita sebagai hamba Allah perlu hadapi semua...
Tak perlu ingat sangat perkara yang sudah lepas....
Hanya perlu berdoa di atas kesejahteraannya...
Itu sahaja yang kita mempu sebagai hamba Allah...
Dia sudah pergi.... Dan Kita hanya perlu redha dan tabah menghadapi dugaan..

Tak perlulah berasa bersalah sangat kawan... Kerana semua telah tertulis... Jangan pernah menyalahkan sesuatu yang tidak disengajakan....

p/s : kepada korang yang suka menyalahkan orang lain kerana sedikit sahaja kesalahan, aku harap korang dapat memaafkan mereka yang bersalah... Sesungguhnya Rasulullah sayang kepada hambanya yang suka memaafkan....

Jumaat, 22 April 2011

Penghargaan Kepada K.K.S.R

Assalammualaikum... Wah! Nampaknya "KeHiDuPaN Ku SeoRaNG ReMaJa" mendapat pujian dari seorang hamba Allah... Hehe... Aku mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi membaca artikel dari blog ni... TeRiMa KaSiH yaa.... Tak sangka ada orang yang sudi memuji "KeHiDuPaN Ku SeoRaNG ReMaJa"...  Aku harap ada lagi orang yang mendapat pengajaran dan serba sedikit pengajaran dari "KeHiDuPaN Ku SeoRaNG ReMaJa"...

Rabu, 20 April 2011

Sebab Perempuan Cantik Bila Memakai Tudung

1.kenape pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA NAK TUTUP AURAT

2.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA JAGA MARUAH DIRI DIA

3.kenape pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA CANTIK

4.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA TAK NAK TUNJUK KECANTIKAN DIRI DIA

5.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA ANAK SOLEHAH

6.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA DENGAR CAKAP IBU BAPA DIA

7.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA HORMATI ORANG LAIN

8.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA TAKUT APABILA DIA TAK PAKAI TUDUNG.. ORG TENGOK DIACANTIK. DAN DIA NIAT YANG TAK BAIK TERHADAP DIRI DIA

9.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA TAK NAK DIMINATI RAMAI LELAKI SANGAT

10.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
TAK NAK MENYUSAHKAN ORANG LAIN

11.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA NAK DAPAT PAHALA

12.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DAPAT MENGHINDARI MAKSIAT

13.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
SUPAYA DAPAT MENJADI CONTOH PADA POMPUAN LAIN

14.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
SUPAYA LELAKI YANG BERIMAN JE YANG SUKE DIA

15.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DENGAR SURUHAN NABI

16.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DAPAT MENGURANGKAN NAFSU LELAKI

17.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
RAMBUT POMPUAN ADALAH MAHKOTA BAGINYA..JADI JANGAN SEWENANGNYA MENUNJUK KEPADA LELAKI..KERANA JIKA ANDA MENUNJUKKANNYA BERMAKNA ANDA TAK BERNILAI (low class)...(no offence hah..) KERANA MAHKOTA ANDA TELAH DILIHAT OLEH SEMUA LELAKI (kecuali keluarga)

18.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA TAK NAK RAMBUT DIA DITARIK, DIGANTUNG DENGAN BARA-BARA API DAN DIBAKAR DENGAN DASYAT DEKAT AKHIRAT KELAK


"JADI POMPUAN DILUAR SANA BERAMAI-RAMAILAH MEMAKAI TUDUNG KERANA ANDA SEBENARNYA LEBIH CANTIK JIKA MEMAKAI TUDUNG SESUNGGUHNYA ALLAH SUKA AKAN HAMBANYA YANG MENGIKUT PERINTAHNYA"

Ahad, 17 April 2011

Hina sangat ke aku ni??

Astaghfirullah.... Hina sangat ke aku ni sehinggakan penerangan aku tak diendahkan... Ye aku tahu mungkin aku tak sebaik insan yang lain... Ye.. Kata-kata kesat kau menguji kesabaran aku.. Walaupun aku baru sahaja kehilanggan orang yang aku sayang pada minggu lepas...

Aku hanya nak bagi tahu bahawa ayah aku telah tiada lagi... Bukan aku yang telah tiada... Aku hanya nak mintak ko tolong sedekahkan al-Fatihah kepada arwah ayah aku... Bukan aku berfoye-foye...

Kepada orang yang berbuat demikian.. Aku sedih sangat dengan sikap korang... One day, insya Allah aku akan lenyapkan hinaan korang tu... Dalam catatan ini juga aku mohon kemaafan dari korang yang aku telah banyak melakukan dosa..

Kau tahu... Menggigil tangan aku apabila keterangan ko pada wall Facebook kau aku baca... Sejuk tiba-tiba tangan ni... Terasa macam ingin membeku.... FuH!!


Kepada kau yang berkenaan aku doakan kesejahteraan kau... Terima kasih jika kau sudi sedekahkan al-Fatihah kepada arwah ayah aku....

Sejarah Perit Dalam Hidup Aku ( Part 2 )

Seterusnya... Pada keesokkan harinya, ayah dimandikan oleh  along, angah, abang ajol, aku, imam dan beberapa orang lagi... Pada mula jenazah ayah diletakkan kedalam tempat memandikan jenazah... Air mata ku seolah-olah ingin mengalir.. Aku terkedu.

"Benarkah yang dihadapan ini ayah aku yang dulu adalah orang yang paling rapat dengan aku sebelum ayah jatuh sakit dan diam seribu bahasa", Teriak aku didalam hati..

Kemudian air dilalukan di atas jenazah ayah bertujuan untuk memandikan. Aku usap lembut tubuh jenazah ayah.. Perlahan-lahan aku menyental segala kotoran yang ada pada tubuh ayah.. Aku dan yang lain belai dan menyental lembut pada jenazah ayh.. Terasa lembut sangat kulit ayah.. Dari situ aku dapat berlajar memandikan jenazah..

Kemudian jenazah ayah diwudukan oleh bapa saudara ku.. Iaitu pak cik Usop.. Beliau seorang imam di tempatnya dan beliau bekas seorang polis.. Setelah selesai jenazah ayah diwudukan, aku bersama yang lain-lain mengangkat jenazah ayah dan diletakkan diatas kain kafan yang telah dibentang...

Kemudian aku lihat sendiri sikit demi sedikit arwah ayah dibalut dengan kapas sebelum dikafankan.. Tiba-tiba...

"EH!! Macam mana boleh banyak terlebih kapas ni.... Selalunya kalau macam ni tak cukup....", imam Hassan berkata...

Kemudian kapas yang lebih habiskan juga dibalut di bahagian kaki jenazah ayah... Kemudian kain kafan ditarik regang dan dibalut ke tubuh ayah... Perlahan-lahan aku melihat jenazah ayah dibalut...

"Inikah saat terakhir aku melihat ayah??", berbisik di sudut hatiku yang semakin sayu..

Akhirnya ayah sudah sedia dikafankan.. Hanya muka sahaja dibiarkan dahulu agar kami adik beradik dapat melihat wajah ayah buat kali terakhirnya.. Kalihatan mak sambil dipimpin kak eka dan mak cik melangkah menuju dan duduk di sebelah kiri kepada ayah.. Kemudian mak mengucup kedua-dua belah pipi ayah dan dahi ayah... Di ikuti kami adik beradik... Kamudian kak cik yang baru sahaja melahirkan anak pada hari ayah meninggal melangkah melihat jenazah ayah dari jauh...

Dan ayah dibalut sepenuhnya..

To Be Continuee.....

Jumaat, 15 April 2011

Begaduh Lagi

Assalammualaikum... Salam sejahtera.. Kali ni ada cerita yang aku nak kongsi dengan korang... Okeyh! Semalam ketika aku tunggu dekat pondok jaga sekolah untuk menantikan kehadiran abang aku untuk membawa aku pulang.. Sedang aku menunggu.. Kelihatan 8-10 biji motor yang ditunggan oleh pelajar lelaki dan masing-masing memiliki pembonceng lelaki...

Aku sangkakan mereka menunggu rakan dari sekolah aku.. Rupa-rupanya tidak.. Aku terperanjat apabila melihat penunggang dan pemboncen motor itu mengejar lalu memukul seorang rakan dari sekolah ku... Aku terkaku, niat hati mahu ku tolong... Tetapi aku hanya seorang, masakan aku boleh tewaskan mereka semua...

Jadi aku hanya mampu melihat sahaja :'(.. Dalam 1 - 2 minit.. Salah seorang pekerja dari TNB turun dari lori dan mengejar pelajar-pelajar sekolah tadi... Kemudian dengan pantas pelajar-pelajar tadi menaiki motor masing-masing dan melarikan diri.... [ Kalau la aku seorang yang gagah perkasa, pasti aku akan menolong ]

The End

p/s : kepada korang yang suka memukul orang... Insaf la... Tolong la jangan buat lagii